Friday 13 January 2012

Rose lagi ...

Petang kelmarin, sibu memotong kelopak.  Jadi, malam tadi kerja menyambung kelopak dan main gam ... Cantum punya cantum ... siap ler 3 kuntum bungan rose lagi.  Mana yg lebih cantik, rose satu warna jer ke atau 2 warna ???

4 kuntum dlm masa sehari dah kira ok lah kan.

Ni gabungan 2 warna ... cantik ker ???  

Atau satu warna jer lebih menarik ???

Kalau tanya hubby, dia jawab semua cantik.  Tak puas hati.  Bila tanya anak Lene, dia kata rose kaler merah paling cantik sbb warna asli bunga ros tapi dia paling suka rose biru sbb favorate kaler dia... hihihihi.  At least ada juga sedikit komen dari dia ... :)

Oklah .. nak sambung kerja memotong hari ni dan siapkan lebih byk warna lagi supaya customer mempunyai lebih byk pilihan.

Bye-bye ... 


Lot of love,
Charlene

Thursday 12 January 2012

Rose ...

Emmm ... my favorate flower.  Dah berkali-kali dah cuba membuat rose dgn felt tapi tak puas hati dgn result nyer.  Jadi malam tadi nak cuba buat sekali lagi.  Kalau tak jadi jugak, Lene dah janji tak akan buat rose felt lagi.  Tapi cuba2 malam tadi, rupanya menjadi tapi belum begitu kemas lagi.  So .. nak tunjukkan hasilnya kat sini ... ehemmm ...


Sorry yer .. gambar blurrr sikit.  Tapi boleh nampak tak kelopak bunga tu dgn jelas.  So kengkawan, boleh minta komen & pendapat utk improvement.  Thanks.


Love,
Charlene


Wednesday 11 January 2012

Spongebob ...

Setiap kali Lene menghasilkan projek felt dgn membuat spongebob, laris dan cepat SOLD OUT.  Dgn itu, kali ini Lene buat lagi hp strap dgn muka spongebob yg cute itu.

Sudah siap 2 hari yg lepas dan tak sempat nak upload gambar. Jadi bagi peminat spongebob, apa tunggu lagi.  Hanya ada 4 biji jer ... habis Lene buat lagi tapi dgn memek muka spongebob yg berlainan pula eh ..

Spongebob HP Strap
Kod Produk :  AC408
Saiz :  6cm (H0 x 6cm (W)
Harga :  RM 5.90
Beli 2 @ RM 10.00

Tak sangka spongebob mempunyai peminat fanatiknya tersendiri.  Jadi, Lene mengambil kesempatan ini utk menujukan lagu tema spongebob ini utk peminat2 spongebob eh.  Enjoy !!



Cheers,
Charlene 

Thursday 5 January 2012

Lagi-lagi felt

Memandangkan cuti tahun baru sangat panjang, jadi sempat juga Lene menyiapkan beberapa hasil kerja felt yg simple dan cute.  Tak percaya, jom tengok.

Hasil pertama, huruf A & B.  Lene dah kecilkan saiz sbb sblm ni, saiz huruf yg Lene buat besar sangat.  Ada customer request kecilkan tetapi sempat buat 2 abjad jer.

Huruf A & B HP Strap
Kod Produk :  AC110A & AC110B
Saiz :  7cm (H) & 6cm (W)
Harga :  RM 5.90
Beli 2 @ RM 10.00

Projek kedua yg disiapkan ialah facebook logo & domo kun.  Sekali gus dapat siapkan 5 biji hp strap ... tulah Lene suka buat fb & domo.  Mmg simple dan cepat siap.

Facebook Logo
Kod Produk :  AC406
Saiz :  6cm (H) x 6cm (W)
Harga :  RM 5.90
Beli 2 @ RM 10.00 

Domo Kun HP Strap
Kod Produk :  AC407
Saiz :  6cm (H) x 6cm (W)
Harga :  RM 5.90
Beli 2 @ RM 10.00

Terlupa saya update tentang cupcake yg dah disiapkan minggu lepas.  Kesemuanya ada 5 dgn pelbagai warna.  Jom tengok ....

 Cupcake
Kod Produk :  AC405
Saiz :  6cm (H) x 6cm (W)
Harga :  RM 5.90
Beli 2 @ RM 10.00

Setalat ini dulu Lene singgah kat blog ni. Jumpa lagi di topik baru eh.  Bagi yg berminat utk order, jgn lupa emailkan ke angelscraftnsuch@hotmail.com atau kunjungi fb Lena here.


Cheers,
Charlene


Sunday 1 January 2012

HAPPY NEW YEAR 2012

Sempena Tahun Baru 2012, Lene ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua kengkawan yg mengenali Lene.  Terima kasih diatas segala sokongan dan galakan dalam membantu Lene mengusaha dan mengembangkan hasil kerja felt Lene.

HAPPY NEW YEAR 2012



Love from
Charlene @ Angels Craft & Such